Sunday 1 November 2015

Blog Ahmad Syamir

Sistem pembesar empat lipatan


Kerajaan Melaka telah mengamakan sistem pentadbiran berdasarkan sistem pembesar empat lipatan yang dimana raja menduduki hierarki paling tinggi dan di ikuti oleh pembesar pembesar empat lipatan, pembesar lapan lipatan, pembesar enam belas lipatan dan pembesar tiga puluh dua lipatan . Sistem ini digunakan bertujuan bagi melicinkan sistem pemerintahan dari akar umbi iaitudari peringkat paling rendah hingga kepada pemerintah iaitu sultan. Mengikut sejarah, Melaka merupakan pengasas sistem pembesar empat lipatan yang diperkenalkan oleh Parameswara atau nama islamnya ialah Sultan Iskandar Shah.
Para pembesar merupakan golongan kedua terpenting selepas Sultan. Meraka merupakan sekumpulan pegawai yang membantu Sultan dan raja bagi menjalankan pentadbiran. Antara pembesar yang tersenarai di dalam sistem empat lipatan ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana, dan penghulu Bendahari.
Terdapat para pembesar yang terdiri daripada golongan  Kerabat diraja dan daripada kerabat bangsawan dan juga dilantik kerana berjasa kepada sultan. Jawatan disandang secra warisan dan para pembesar harus taa dan diberi surat tauliah untuk mentadbir serta diberikan kawasan pegangan bagi membolehkan para pembesar mengutip cukai dan sebahagiannya diberikan kepada sultan.



  
Sultan

Seperti yang kita sedia maklum,Sultan merupakan individu yang menduduki hierarki paling tinggi di dalam sistem empat lipatan.Peranan sultan dalam aspek pentadbiran ialah sebagai ketua negara dan pemerintah tertinggi. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan merupakan ketua agama Islam.Beliau juga berperanan  mengetuai Pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana, dan Syahbandar.
Manakala dalam aspek perundangan pula, Sultan bertanggjawab sebagai ketua kehakiman dan sultan mempunyai daulat iaitu untuk mengukuhkan kedudukan sultan seperti huum kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka yang diketuai oleh sultan. Sebagai sultan, baginda berkuasa menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah malah berkuasa untuk menggubal undang-undang bagi mengukuhkan kuasadan kedudukan sultan dan rakyat tidak mempunyai hak untuk mempertikaikannya
Bukan itu sahaja,Peranan Sultan dari aspek ketenteraan pula ialah sebagai ketua angkatan tentera dan baginda mempunyai kuasa mutlak mengerah rakyatnya menyertai tentera tanpa diberi upah.Tugas ketenteraan ini dibantu kepada bendahara bagi membantu sultan di dalam hal-hal ketenteraan.
Seterusnya Sultan juga menguasai ekonomi secara keseluruhan dengan dibantu oleh pembesar seperti Bendara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar bagi melicinkan kegiatan ekonomi terutamanya ialah perdagangan. Sultan dipertanggungjawabkan untuk mengadakan hubungan baik dengan kawasan-kawaasan yang boleh mendatangkan sumber ekonomi dari kawasan pendalaman dan baginda juga berkuasa untuk mengutip hasil-hasil pertanian, cukai, perkhidmatan buruh dan hamba.





Bendahara

Bendahara menurut kamus dewan edisi ke empat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud orang yang memegang harta benda kerajaan, perdana menteri atau  wazir. Bendara  merupakan jawatan pembesar yang yang dilantik oleh sultan pada abad ke 19 dan ianya jawatan yang diwarisi. Jawatan ini dipegang oleh keluarga Bendahara. Bendahara dan Sultan berkongsi jurai keturunan yang sama.
Dalam aspek pentadbiran, Bendahara berperanan untuk menjadi penasihat raja. Beliau juga merupakan ketua diantara semua pembesar yang dipertanggungjawabkan untuk menasihati Sultan di dalam semua aspek petadbiran. Tugas Bendahara juga tidak kurang lebih seperti pendana menteri pada masa kini.
Beliau juga bertanggungjawab di atas kebajikan Sultan seperti perkahwian di Raja, kelahiran dan pengebumian. Di samping itu,  Bendehara juga berperanan sebagai penjaga sekiranya Sultan masih kecil. Bendahara juga bertanggungjawab di dalam adat istiadat pertabalan dan perlantikan Sultan.
Bedahara juga merupakan pemangku sultan ketika baginda gering atau ke luar negara,dan tugas seperti ketua hakim angkatan perang juga disandang oleh Bendahara jika ketiadaan Sultan pada ketika itu.Sekiranya Sultan meninggal  tanpa waris, Bendahara dipertanggungjawabkan bagi pewarisan di Raja.






Penghulu Bendahari
                Penghulu Bendahari pula merupakan jawatan yang telah diwujudkan oleh Parameswara semasa memerintah Temasik sebelum di Melaka.Pemungut hasil atau ufti
Antara peranan Penghulu Bendahari ialah bertanggungjawab sebagai ketua bagi semua Bendahari.Tugas bendahari ialah sebagai pemungut cukai cukai yang telah di wujudkan dan dikenakan kepada individu individu tertentu sebagai contoh cukai perdagangan yang dikutip oleh Syahbandar.
Bukan itu sahaja, Penghulu bendahari juga merupakan ketua urusetia istana yang menanggung hal dan perbelanjaan di dalam istana serta  menguruskan belanjawan istana.
Penhulu Bendahari juga dikenali sebagai ketua kepada semua syahbandar yang ditugaskan untuk mengutip cukai dan mejaga hal ehwal para pedagang yang hadir berdagang di Melaka. Bagi setiap pedagang sebagai contoh dari China mempunyai seorang Syahbandar yang menguruskan pedagang dari negara tersebut. Bukan itu sahaja, syahbandar juga berperanan menguruskan perlabuhan dan melicinkan urusan perdagangan di Melaka.
Keselamatan Para pedagang adalah dibawah jagaan Syahbandar masing-masing.Syahbandar juga berperanan dan bertanggungjawab untuk memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang di perlabuhan.
Syahbandar juga dipertanggungjawabkan sebagai hakim di perlabuhan malah mempunyai kuasa untuk menguatkuaskan peraturan keluar masuk kapal pedagang yang berdagang di Melaka.





TEMENGGUNG
Temenggung ialah gelaran pembesar dalam sistem Empat Lipatan. Gelaran ini mula digunakan ketika zaman pemerintahan Parameswara, Raja Melaka pertama. Fungsi jawatan ini boleh disamakan dengan Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis kerana Temenggung bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan dalam negeri. Gelaran ini terus digunakan oleh Kesultanan Johor yang mewarisi Kesultanan Melaka.

Di Kesultanan Johor, terdapat dua jawatan yang menggunakan gelaran Temenggung iaitu Raja Temenggung Muar dan Temenggung Johor. Sultan-sultan Johor Moden juga berasal daripada keturunan Temenggung bermula dari Temenggung Seri Maharaja Abu Bakar yang mula memakai gelaran Sultan pada tahun 1885. Kesultanan-kesultanan yang pernah menerima pengaruh Melaka juga menggunakan gelaran Temenggung sebagai gelaran pembesar mereka dengan fungsi yang hampir sama seperti Kesultanan Perak, Kesultanan Pahang dan Kesultanan Terengganu.c) Temenggung
Antara tugas dan peranan temenggung ialah menjadi ketua polis dan penjara demi memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri dengan bantuan orang bawahannya. Dengan ini, keamanan di bawah pentadbiran akan terus terjamin dengan adanya pembesar yang memainkan peranan sebagai penjaga keamanan di bawah kerajaan naungan Sultan.
Bukan itu sahaja,temnggung juga berperanan sebagai penguasa bandar dan Kota Melaka serta bertanggungjawab menjalankan segala protocol-protokol di istana sebagai contoh cara-cara menghadap Sultan di Balairung istana. Beliau juga benrtanggungjawab menjadi Hakim di barat berbeza dengan syahbandar yang menjadi hakim di perlabuhan atau hakim di laut.
Beliau juga berperanan  mengawasi pedagang asing di Melaka bagi menjaga keselamatan Kota Melaka juga untuk menjaga keselamatan bagi para pedagang yang berdagang di Perlabuhan Melaka. Malah beliau juga turut memastikan sukatan dan timbangan pedagang betul agar tidak berlaku penindasan dan unsur penipuan sehingga menimbulkan pergaduhan di antara penjual dan pembeli.







Laksamana
Laksamana di Kesultanan Melaka bertanggungjawab untuk keselamatan laut Kesultanan, dan yang paling penting, laluan perdagangan China-India dalam Selat Melaka. Bahawa laluan perdagangan adalah merupakan nadi bagi Empayar. Beliau dalam arahan penuh armada Melaka, Mengikut kepercayaan orang dahulu, laksamana terkuat Melaka ialah Hang Tuah.
Peranan Laksaman yang utama ialah sebagai ketua angkatan laut dengan menjaga ketenteraman di laut khususnya bagi para pedagang yang ingin berdagang di Melaka dari serangan musuh mahupun lanun.
Bukan itu sahaja, laksamana juga berperanan untuk mengawal keselamatan sultan jika Sultan keluar dari istana atau dikenali sebagai pengawal peribadi disebabkan laksamana merupakan ornag yang paling kuat dan dipercayai untuk menjaga keselamatan sultan.
Malahan laksamana juga bertanggungjawab menjadi Ketua duta iaitu juga sebagai perunding ke negeri negeri lain untuk mengadakan rundingan dan wakil Sultan untuk menyampaikan utusan. Laksamana juga dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua urusan diraja ke seberang laut sebagai contoh negara naungan sultan yang berada di seberang laut.